Monday, March 22

I'm The Make It Happen Captain!


Berjumpa kawan lama sememangnya banyak membantu kita mengingati memori yang lepas. Peristiwa manis, pahit, lucu, bodoh dan mengaibkan kadang-kadang membuat kita mahu mencipta capsul masa. Kembali ke zaman dahulu dan membetulkan apa yang kita fikir tidak betul. Tapi sebenarnya, pengalaman itu sendiri mematangkan kita. Menjadikan kita sebagaimana kita hari ini. Memakai kot dan menghadiri meeting untuk tender berjuta-juta ringgit.Jadi tidak perlulah kita menghabiskan jutaan ringgit untuk mencipta capsul tersebut. Everyday is learning bak kata orang putih dan rugilah bagi mereka yang menghabiskan sisa-sisa hidup tanpa belajar apa-apa.


Berlainan pula jika kita bertemu rakan baru, maksud aku bukan blind date. Mengenai blind date nanti aku ceritakan kemudian. First impression itu penting, dari situ orang boleh menilai kita bagaimana. Peramah kah, pemalu kah, cakap besar kah, pelawak kah, atau pervert kah. Aku tidak cakap first impression itu betul, kadang-kadang 2nd impression ataupun beratus-ratus impression baru kita dapat mengenali seseorang dengan betul.Just be yourself and don't pretend my man.

Sebenarnya aku sudah lari topik asal, aku mahu menceritakan tentang seorang kawan kepada temanku. Walaupun berkali-kali aku berkata aku berumur 18 dia tetap mengatakan aku berumur 25?! First Impression katanya! Salahkah aku memakai baju kot dan kelihatan sedikit formal. Baiklah, mungkin salah aku tidak kerap senyum dan berkawan dengan pakcik-pakcik dan dato'- dato'. Mungkin superkool tee shirt kapten amerika ini dapat membantu.

3 comments: