Wednesday, March 17

Ladies In Red


Apa yang boleh membuatkan seorang gadis lepasan SPM terkenal di bandar anda. Hari ini aku di bawa oleh kawanku berjumpa kekasih gelapnya. Apa yang mengejutkan, aku mengenali gadis tersebut tapi tidak kenal namanya. Bukan aku sahaja yang mengenalinya malah rakan-rakan yang lain juga dan mereka juga tidak tahu nama gadis manis tersebut. Bagaimana gadis ini begitu terkenal, adakah dia berjalan bogel di sekeliling bandar?Mungkin tapi itu bukan jawapan yang logik. Adakah dia begitu jelita seperti bidadari, tidak mungkin kawan ku ini begitu kacak sampai bidadari pun terpikat.

Mungkin ini tips yang berguna untuk gadis ayu yang ingin menjadi sangat-sangat terkenal di bandar. Apa yang kamu perlukan ialah memakai baju merah dan berkerja di kedai tujuhsebelas. Dalam masa sebulan, aku yakin kamu pasti menjadi buah mulut di bandar kamu. Berbekalkan senyuman manis itu, aku pasti akan mengunjungi kedai tujuhsebelas kamu walaupun untuk membeli sebuku roti Butterscotch.


4 comments:

  1. what do u mean wpun mmebeli sebuku butterscotch?? its freakkin expensive man!

    ckp la wpon hanya membeli gula2 hacks 20sen ke. atau lighter ke.

    ReplyDelete
  2. dah aku suka makan roti tu.
    nak wat cmane

    ReplyDelete
  3. roti tu mahal takleh buat perumpamaan sbb ko guna perkataan WALAUPUN. aih tak pelah. aku terel BM takleh tgk kesalahan perumpamaan.

    ReplyDelete