Monday, March 22

My Eight Savior


Cuti panjang memang memenatkan. Apa yang aku lakukan cuma makan, tidur, ber’hookah’, memenangi cup dalam Pro Evolution Soccer, berjalan dan terus berjalan walaupun dalam dompet hanya ada beberapa keping wang merah dan satu tabung penuh berisi syiling.


Apabila tersedar dari mimpi menjadi raja Arab sambil didampingi beratus-ratus gundik aku panik dan termenung seketika. Sambil melihat fail hitam yang sudah berhabuk di dalam beg, ia seakan berkata-kata “Tuan, bukankah ada berbelas lagi assignment yang perlu dihantar. Tuan sudah nyanyuk atau memang benak otak. Cuti mid sem sudah habis”. Nasib baik aku baru membeli pendrive 8G sambil tersenyum sendirian. Aku anugerahkan kau pangkat ketua segala penyelamat iaitu My 8 Savior.Sekarang aku perlu topup pula.

No comments:

Post a Comment