Tuesday, March 23

Your Hand In Mine

Aku bangga menjadi anak Malaysia. Aku bangga sebab apa, kamu bangga sebab apa? Adakah kerana skyscraper tower atau kerana jambatan Pulau Pinang kerana ia antara cable-stayed bridge yang terawal di dunia. Adakah kerana penduduknya yang berbilang kaum seperti kata Perdana Menteri, One Malaysia. Bagaimana dengan diri kamu sendiri? Apa yang kamu mahu bangga kan kalau hendak di bandingkan dengan rakyat negara lain?

Rakyat Malaysia ada kelebihan yang tersendiri tapi kita pernah sedarkah tentang kelebihan tersebut? Kamu lihat Lee Chong Wei, Shalin Zulkifli mahupun Nicole David. Bagaimana mereka menggoncang dunia. Bak kata perpatah, tangan yang membuai buaian boleh menggoncang dunia. Ya, mereka cuma menggunakan tangan tapi bukan untuk membuai buaian. Kalau hendak di bandingan dengan sukan lain seperti menggunakkan kaki, perut atau telinga pasti rakyat Malaysia agak sukar mendominasi sukan tersebut.

Aku bangga dengan tangan ku.Kamu bagaimana? Mahu ikut aku main besi bersama Sazali Samad. Tepuk tangan tanda setuju.

No comments:

Post a Comment