Kata cikgu, kamu akan lebih cepat belajar segala apa yang cikgu ajarkan jika duduk di meja hadapan berbanding murid yang berada di belakang kamu. Mengikut logik akal, telinga kita akan semakin hilang fokus jika berada jauh dari punca bunyi. Kadang-kadang disebabkan jarak yang jauh, suara garau seorang cikgu akan bertukar seakan-akan lagu kumpulan
Kelebihan orang di hadapan memang banyak dan tak perlulah aku sebutkan satu-persatu. Apa yang membuat fikiran aku terganggu kali ini akhirnya terjawab. Bagaimana perasaan kamu menonton wayang di kerusi hadapan? Aku alaminya hari ini, ia bukan seperti
Kepada sesiapa yang mahu mencuba, aku sarankan kamu membuat sedikit senaman di sekitar bahagian tengkuk dan bahu bagi mengelakkan kekejang otot.” Menonton wayang juga satu jenis senaman” kata pasangan kekasih itu. Aku pernah kerja wayang dulu dan jika kamu malas bersenam mungkin tips ini lebih berguna, kamu baring sahaja di bawah kerusi dan bawalah satu atau dua bantal untuk keselesaan. Di rumah kamu takkan dapat skrin sebesar ini aku rasa. Jadi siapa mahu bersenam bersama aku?
pelik,sy duduk depan mase kuliah saya lebeh mngantuk brbndg duduk di belakang..
ReplyDeletemgkin di belakang saya lebih terhibur melihat aksi mereka yg mngntuk di depan:D