Jubah-jubah merah berkeliar di sekitar politeknik hari ini. Melihat riak muka mereka yang gembira dengan lensa-lensa yang tidak jemu menangkap gambar yang sama berulang-ulang kali, mereka seolah-olah mahu mengatakan kami sudah berjaya kamu bila lagi dan kami juga sudah pandai membaling topi sekarang adik.
Ya.Ya. Kamu memang hebat dan sila ajar saya membaling topi tahun hadapan ya.
Mungkin aku patut menempah topi sekarang.Hm..lari-lari, masuk lubang, minum potion, buka pintu. A ha .. di sini rupanya kamu Mad Hatter. Aku mahu tempah topi New Era satu.
Hardcore.
ReplyDelete