Aku gembira berkawan dengan mamak
Bukan apa, aku tidak perlu membayar
20 sen untuk air kosong.
Aku gembira berkawan dengan mamak
Bukan apa, aku boleh minta daging kambing
Dengan hanya Rm3.50
Aku gembira berkawan dengan mamak
Bukan apa, aku menjadi semakin bijak
Bahasa Tamil tidaklah begitu susah.
Aku gembira berkawan dengan mamak
Bukan apa, bila aku datang sendirian ber-wifi
Mereka sentiasa bersama di belakang ku.
Kacau daun betul lah!
Wednesday, June 2
Melawat Mak Intan
Pemandangan sawah padi di kiri dan kanan jalan membuat aku leka. Memerhatikan lapangan hijau, bukit-bukit di hujung bumi, awan biru yang kelihatan begitu hampir, burung-burung berterbangan bebas, angin yang mendayu-dayu membuat aku tidak mahu untuk lelapkan mata. Burung hantu ini yang biasanya tidur pada masa begini begitu celik. Rokok Surya sebagai peneman. Mengharap perjalanan ke Teluk Anson lancar menaiki Vanette biru.
Teluk Anson yang dahulunya meriah, menjadi pusat pentadbiran British di Perak satu ketika dahulu kini muram. Gadis-gadis berbangsa asing yang mahu menjadi kerja begitu ramai. Menaiki ferry dari seberang lautan memudahkan mereka. Kedai-kedai baru muncul seperti cendawan pada masa itu sehingga munculnya Menara Condong yang begitu gah. Kini baru aku sedar, mengapa di sekitar tempat ini begitu banyak dengan sawah padi. Mana mereka belajar? Asalnya di sini..
Di sebabkan banyaknya pendatang dari seberang yang berketurunan Jawa, Banjar, Minangkabau, Rawa dan Kampar maka banyaklah aktiviti berasaskan pertanian berkembang di sini. Speciality mereka dalam bidang pertanian terutamanya padi maka tidak hairanlah banyak bendang-bendang yang terbina di sini. Terima kasih kepada saudagar dari Mandahiling, Sumatera yang membuka kawasan ini. Mungkin namanya telah di abadikan di sini yakni Mak Intan. Teluk Anson (Teluk Intan). Gembira melawatmu hari ini. Moga berjumpa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)