Sunday, March 28

Beware Of Dog, Chef


Lumrah bekerja, anda bekerja dengan baik dan pasti anda akan dilayan dengan baik oleh majikan walaupun sudah bertahun-tahun berhenti kerja.Tambahan pula anda merupakan antara batch pertama yang memajukan perniagaan mereka. Itulah yang terjadi pada aku apabila berkunjung ke Chef Noodle House yang terletak di hujung bandar. Walaupun lokasi yang tidak strategik tetapi pelanggan yang datang tidak putus-putus malah ada yang sanggup menunggu meja di luar kedai walaupun terdapat beberapa buah kedai makan di tepinya. Bagi mereka masakkan Abang Am memang sukar ditandingi. Itulah kelebihan yang ada pada Abang Am.

Apabila anda berjaya, pasti ramai yang iri hati, dengki dan mahu merosakkan perniagaan anda. Tapi anjing-anjing ini penakut, cuma tahu menyalak dari jauh (black magic). Jadi untuk menghalau anjing-anjing ini, kita kena pasang pagar atau kalau nak mudah baling tulang dekat muka mereka. Tapi kita kena faham sifat anjing ni, mereka tidak reti bahasa dan tidak mudah putus asa. Inilah perniagaan, mungkin kita boleh bela kucing kalau mahu menghalau tikus tapi jika mahu menghalau anjing-anjing ini kita perlu panggil Animal Control Officer atau nama lainnya dog catcher.

Catch Or Been Caught

No comments:

Post a Comment