Sunday, March 28

Dark City, Bright Idea


27 March 2010, apa yang menarik hari ini ialah Earth Hour. Tutup lampu anda, jimatkan elektrik dan kurangkan penggunaan karbon dioksida sebanyak yang mungkin. Biarkan tumbuhan bernafas (fotosintesis) kita bernafas kerana mereka bernafas.

60 minit- apabila lampu di pasang, apa yang kamu lihat. Apakah Ibu Bumi akan gembira melihat sampah merata-rata, anak-anak pokoknya ditebang, asap-asap yang membuat dia tidak dapat bernafas dengan sempurna. Mereka juga seperti aku yang tidak sayangkan bumi jadi tidak perlulah aku nak sambut Earth Hour. Aku bukan bermuka-muka yang hanya tahu tunjuk muka di depan KLCC tapi tidak tahu apa yang mereka sudah buat pada bumi.

Banyak lagi cara nak kurangkan karbon ini sebenarnya, macam aku tidak perlulah nak susah-payah memasang lilin, tutup lampu dan pakai baju 60 itu. Aku cuma perlu menonton movie sambil meneguk setin air berkarbonat, secara tidak langsung aku mengurangkan karbon. Tidak cukup setin? Kamu memang penyayang, baiklah mungkin sebotol wain atau satu bucket beer dapat membantu orang yang sangat sayangkan bumi itu. Bagi aku cukuplah aku menyokong earth hour dengan minuman, kamu bagaimana? Masih tak pasang lampu lagi?

No comments:

Post a Comment