Wednesday, April 21

Nasib Si Tukang Tilik

Jika aku war-warkan kepada rakan-rakan bahawa aku arif dalam mengetahui rahsia tarikh lahir mereka. Pasti ada yang sanggup beratur panjang bersama pen dan kertas, membuat sedikit pujuk rayu sambil meminta aku mengira tarikh lahir mereka. Bagi sang gadis pula mereka sanggup mengajak aku keluar (dating lebih tepat ) dan meminta aku meng-explore sifat terpendam mereka. Nah. Ini Cuma imaginasi luarbiasa aku.

Sebenarnya, manusia ini mempunyai sifat ingin tahu. Sejak kecil lagi kita sudah berusaha untuk mengetahui. Kita lihat orang berjalan, kita pun mahu berjalan. Kita lihar orang berlari, kita belajar berlari dan akhirnya menjadi peragut yang hebat. Tapi adakah semua orang belajar dan cuba mengkaji apa yang mereka sudah ketahui atau mereka buat-buat tidak tahu sahaja?

Bagi para cendekiawan yang tidak cekap berlari, mereka duduk dan berfikir mengapa sesetengah manusia menjadi jahat dengan meragut manakala yang lain tidak. Mengapa sikap manusia berbeza-beza? Ada yang pandai berdikari, ada yang setia, ada yang berjaya dan ada yang terlampau rajin seperti makcik. Mereka berbincang dan terciptalah pelbagai kaedah dalam mengenalpasti sifat manusia itu. Samada menerusi zodiak, nama atau pun tarikh lahir (sila nyatakan jika ada kaedah lain).

Ada sesetengah orang sangat-sangat percayakan kaedah-kaedah ini manakala ada yang langung tidak peduli. Bagi aku benda-benda sebegini aku ambil dan percaya bukan kerana semua yang mereka tilik itu betul tapi aku percaya jika aku berjaya mengubah sikap yang tidak elok dalam tilikan mereka ( contohnya aku seorang yang keras kepala ) aku akan dapat mengubah sikap buruk aku sendiri. Bak kata orang tua-tua, kekuatan kita sebenarnya adalah kelemahan kita dan jika kita mengubah kelemahan kita ia pasti akan menjadi kekuatan kita. Belajar dari kesilapan dan bukan belajar membuat silap. Sekian

No comments:

Post a Comment