Melalui sempadan Kuala Kangsar beberapa hari yang lalu, membuat aku teringat akan makcik dan pakcik. Sila jangan salah faham, aku tiada saudara-mara di Kuala Kangsar cuma panggilan makcik dan pakcik adalah sinonim dikalangan teman-temanku. Mereka adalah ibubapa rakan kami iaitu Didi. Sebuah keluarga yang harmoni dan ceria berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII.
Mula-mula, mari kita mengenal pasti identiti pakcik. Membaca New Straits Times setiap pagi membuat dia sangat petah berbahasa inggeris dan kamu jangan sesekali mahu menipu dia dalam vocabulary. Bukan apa, nanti takut kamu yang akan malu sendiri. Dia juga sangat gemar memancing dan tidak hairanlah jika kamu memancing cuma mendapat seekor ikan, dia sudah penuh di dalam baldi merahnya itu. Mungkin ada baca-baca bisik hati jelous ku. Bagi pakcik, bercakap merupakan hobinya dan kamu pasti akan tersenyum sendirian melihat gelagatnya. Itulah pakcik.
Bagi makcik pula, jika ditanyakan tentang hobinya maka makcik akan menjawab “ Hobi makcik rajin “. Mungkin agak pelik tapi itulah special nya makcik, memang ada sahaja benda yang mahu dilakukannya dan jika kamu tiba-tiba lapar dan mahu makan. Cakap saja pada makcik, nasi goreng dalam masa 5 minit pasti siap. Macam masak maggi sahaja tapi nasi goreng makcik memang terbaik dan minuman kegemaran semua orang ‘ Nescafe Panas Potong Kaki’ cuma boleh buat isyarat thumb up. Sangat-sangat manis dan sangat-sangat sedap, tidak tahu apa rahsianya. Kami cuma tahu minum sambil menghisap rokok Surya. Jika pakcik kita tidak boleh menipu tentang vocabulary nya, makcik pula jangan kamu pandai-pandai mahu menipu dia tentang nama player bola. Kadang-kadang player dalam Bundesliga pun dia boleh kenal hampir kesemuanya. Kalau boleh jangan sembang pasal bola dengan makcik lah.
Itulah sedikit sebanyak tentang makcik dan pakcik, sudah lama tidak menjenguk mereka. Mahu tapau Nescafe dalam botol lain kali.

Makcik suka cerita hantu juga.
ReplyDelete