Orang tua berpesan, jika mahu berfikiran matang banyakkan bergaul dengan orang yang lebih tua kerana mereka lebih berpengalaman. Jika mahu perasan muda, banyakkan bergaul dengan orang yang lebih muda dan kamu tidak akan merasa diri kamu tua. Sebab itulah wujudnya perkataan "orang tua tidak sedar diri". Kubur sudah kata mari ada hati mahu mengorat anak dara mami (tiada kena mengena dengan tajuk rasanya).
Mungkin aku banyak bergaul dengan golongan abang-abang (mungkin mereka mahu kelihatan muda bila melepak bersama aku) jadi sedikit sebanyak banyak perbualan yang bersifat serius tentang hidup yang aku dengar. Tentang kahwin, tentang mati, tentang tekanan, tentang kerjaya dan banyak lagi perkara tentang future mereka. Bila aku fikirkan, mungkin hal-hal begini akan terjadi pada aku bila aku sudah mencapai umur sedemikian (25-26).
Apa lesson penting yang aku dapat dengan mendengar 25 Old Men's Talk ini? Life Planning System
saya masih mencari hala tuju hidup
ReplyDelete