Sunday, May 30

25 OMT Vol 1 (Stress)

Sebagai seorang manusia kita sebenarnya tidak boleh lari dari tekanan hidup. Masalah tempat kerja, masalah keluarga, masalah peribadi, masalah kewangan dan pelbagai lagi masalah yang kita pasti akan tempuhi dalam hidup. Samada besar atau kecil masalah itu, kadang kala kita sendiri tidak dapat tangani dan akhirnya menjadi bebanan dan stress terhadap diri kita. Apabila tidak dapat di kawal, ia boleh menyebabkan amukan tiba-tiba atau tindakan bunuh diri.

Dalam 25 OMT harini, mereka mengeluarkan topik tentang cara mereka tersendiri menangani stress. Bukan semua cara yang aku gunakan dapat menghilangkan stress orang lain. Setiap orang ada cara mereka tersendiri. Bagi mereka yang memerlukan cara lembut misalnya, mereka lebih gemar memancing, duduk di tepi pantai dan melihat ombak, melihat sawah (padi), melihat ikan dalam aquarium, bermain bersama haiwan perliharaan (cth anjing dan python), membaca dan mungkin juga mendengar lagu-lagu lembut seperti M.Daud Kilau atau Laurent Wolf dengan lagunya No Stress.

Terdapat juga yang menggunakan cara kasar, mereka ini lebih gemar membawa motor laju-laju atau pergi ke tempat yang sunyi dan menjerit sekuat hati. Ada juga yang mendengar lagu-lagu hardcore mahupun screamo dan menjerit. Lepaskan semua yang menganggu fikiran mereka. Cuma mereka di nasihatkan tidak menjerit di kawasan perumahan lebih-lebih pada tengah malam, nanti satu taman pula yang stress. Bagi yang gemar bersukan pula, mereka akan bermain untuk hilangkan stress, bahaya pula untuk pemain lain kerana kadang-kala mereka bersikap kasar ketika bermain. Stress katanya. Mungkin mereka belum biasa kena saiz 8.

Sebenarnya, apapun cara yang mereka gunakan yang penting ia dapat menghilangan fokus mereka terhadap masalah mereka. Bila dah tidak fikir dan mereka lalai, secara automatik tiadalah stress. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian, find the way, talk with your best friend, talk with your family. Tapi yang paling penting, ingat balik pada awal kejadian kita. The Key of Everything. Mungkin perkataan suicide tidak akan wujud.

No comments:

Post a Comment